Mesyuarat pertama dalam menetapkan halatuju dan pemilihan kepala lanun kawasan Ambangan Heights telah diadakan pada 10.10.2012 jam 21:00 di kediaman Pak Tam Satey. Majlis telah mencapai kata sepakat dalam beberapa
perkara yang diusulkan demi mengembangkan pengaruh dan empayar. Dalam
mesyuarat tersebut juga Majlis Lanun-lanun Ambangan Heights sebulat
suara bersetuju memilih 9W2AFC Sham sebagai Kapten, 9W2WZM Wan sebagai Setiausaha, 9W2ANL Zizie sebagai Bendahari manakala 9W6MAZ Ustaz Fauzan dipilih sebagai
Penasihat. Penulis mengucapkan tahniah kepada keempat-empat mereka dengan harapan gerakan lanun kawasan Ambangan Heights akan terus aktif dengan aktiviti yang memberi manfaat kepada ahli-ahlinya. Gambar-gambar boleh dilihat di dalam album gambar
No comments:
Post a Comment