Penulis
tiba di rumah lebih kurang jam 5.30 petang 13.10.2012 dari Beseri
selepas menziarahi anak yang tinggal di asrama. Selepas magrib penulis
membuka muka buku sambil memantau di frekuensi simplek lokal Ambangan
Heights. Tak lama kemudian kedengaran rakan-rakan memaklumkan mengenai
Datuk K kemalangan dan sedang berada di wad ICU Hospital Sultan Abdul
Halim, Sungai Petani. Terbayang di fikiran penulis Datuk K yang mana
satu Datuk K-CT atau 9W2KKK, Khusaini Sik. Sedang rakan-rakan ham
kawasan Ambangan Heights berpakat untuk ke hospital, lebih kurang jam
8.00 malam 9W2CRE memaklum beliau mendapat sms berita terbaru dari Arman
9W2NAC yang bertugas di Hospital Sultan Abdul Halim memaklumkan bahawa
9W2KKK Khusaini telah kembali kerahmatullah. Al Fatihah kita hadiahkan
kepada roh arwah Khusaini semoga rohnya ditempatkan dikalangan roh
orang-orang yang beriman...Amin.

No comments:
Post a Comment