Hutan Hujan Belum-Temengor adalah keajaiban alam semula jadi yg hidup
lebih 130 juta tahun usia dan merangkumi 300,000 hektar. Ia adalah
syurga tropika dan menjadi habitat kepada sebilangan besar spesis haiwan
dan tumbuhan, yang tidak boleh ditemui di tempat lain di dunia. Malah,
kajian saintifik menunjukkan bahawa hutan ini adalah bersih, yang masih
salah satu rizab hutan terbesar yang belum “disentuh” di Semenanjung
Malaysia dan memegang potensi yang besar untuk penemuan khazanah
biologi.
Terletak di negeri Perak, di sempadan Semenanjung Malaysia dan Thailand,
landskap yang menakjubkan, Rainforest Belum-Temengor mempunyai lebih
3,000 spesies tumbuhan berbunga, termasuk tiga spesies bunga terbesar di
dunia - Rafflesia. Ia juga merupakan habitat semulajadi 64 spesies
paku-pakis, 62 spesies lumut, dan mempunyai sebuah tasik yang merupakan
habitat kepada 23 spesies ikan air tawar dan 5 spesies penyu. Kompleks
hutan keseluruhan adalah kira-kira empat kali saiz Singapura, yang
menjadikan ia tempat yang sesuai untuk haiwan besar seperti harimau,
gajah dan badak sumbu untuk berkeliaran dan membiak dan tidak terganggu
oleh manusia.
Royal Belum yang merupakan sebuah hutan dara yang luas dan merupakan
salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung yang tidak
pernah diterokai oleh manusia. Kehadiran spesis haiwan mamalia yang
besar menjadikan Hutan Belum sebuah hutan simpan yang amat istimewa.
Royal Belum bukan sahaja sebagai pintu gerbang tetapi rumah kepada
khazanah alam semula jadi yang unik dan penting.
Hari pertama 4th oct 2012.
Bermula perjalanan
Seawal 0445am kru lanun mula berkumpul di homestay d’premula
ambangan height milik presiden aktivii mohd fauzan bin mohd
yusof,persedian di lakukan setiap kenderaan telah dipastikan dalam
keadaan baik dan peralatan untuk dibawa bersama mencukupi..

0500am taklimat ringkas dan baca doa selamat oleh Ustaz Fauzan Bin Mohd Yusof yang juga presedent aktiviti merupakan pembuka perjalanan.. enjin
telah dipanaskan dan 6 buah kenderaan bersama 13 org kru lanun mula
bergerak. Manakala kenderan dari putrajaya bersama 4 org kru
dimaklumkan telah sampai ke jeti pulau banding. Perjalana bermula secara
berkonvoi dibantu oleh marshall terlatih yang juga kru lanun sebagai
jurupandu arah utk menuju ke royal belum.. perjalanan di
teruskan,sepanjang perjalanan kru-kru di bekalkan dengan alat
perhubungan tanpa wayar iaitu radio amature dimana ia dikendalikan oleh
kru lanun berlesen (pemenggang isyarat panggilan yang berdaftar).
Perjalanan diteruskan di antara 80km/jam – 90km/jam dan kru launu
diawasi sentiasa berada dalam konvoi. Faktor keselamatan dititik
beratkan dimana semua kenderaan yang dikemudikan oleh kru lanu sentiasa
mematuhi peraturan jalan raya yang vditetapkan dan di arahkan supaya
menyalakan lampu sepanjang tempoh berkonvoi .

Setelah perjalanan hampir 1jam 25minit kru lanun diarahkan supaya
berlabuh di chek point pertama untuk menunaukan solat subuh berjemaah di
hentian rehat dan rawat bintang hijau. Selesai menunaikan kewajipan 15
minit kemudian kru lanun di beri taklimat ringkas oleh wakil kru supaya
bergerak ke chek point kedua untuk sarapan pagi di restoren salim kari
kepala ikan, Gerik. Perjalanan diteruskan dan kru berada dalam group
konvoi dan sentiasa terkawal..
 |
| Hentian untuk sarapan pagi di Grik |
0745am
@ Restoren Salim Kari Kepala Ikan,merupakan chek point kedua untuk
sarapan pagi dan sesi bergambar bersama wakil amature dari Gerik iaitu
9w2hsn@Pak Hussin... setelah sesi pergambaran tamat kami meneruskan
perjalanan ke destinasi.. alhamdulillah setelah hampir sejam perjalanan
akhirnya kami tiba ditempat yang di tuju dengan selamat tanpa sebarang
halangan dan rintangan.

0900am seperti yang telah dijadualkan kami mula menurunkan peralatan dan
keperluan utk digunakan selama 3 hari 2 malam sepajang xpdc dijalankan
di Royal Belum..setiap kenderaan dipastikan berada di tempat parking
yang selamat dan sistem keselamatan dikunci rapi..setelah berpuas hati
dan kami telah didatangi oleh pemilik houseboat En Zulkarnain @Nan dan
senarai nama peserta dibaca dan peserta dipastikan hadir dan cukup
kerana bila-bila masa sahaja house boat akan mula bergerak. Kami
disuakan dengan Taklimat ringkas dari Jurupandu houseboat yang juga
pengusaha boat ,5 minit berlalu kami mula bergerak dan membawa
barang-barang menaiki house boat..
Teruja

Syukur alhamdulillah semua kru selamat tiba dan berada dalam houseboat
dan semua bersedia untuk meneruskan perjalanan seterusnya,houseboat mula
bergerak meninggalkan jeti pulau banding dalam kelajuan sederhanan..
setiap kru menikmati keindahan pulau banding seakan memukau pandangan
mata.. masing-masing mula menjalankan aktiviti bebas.. keterujaan terus
dirasai dan dinikmati..’flash’ mula terhasil dari pelbagai jenama kamera
canggih mula berleggar-leggar di ruang maya,setiap sudut tak dibiarkan
tertinggal aksi dan paksi sentiasa ter’snap’ dan dirakam.. indahnya
ciptan Allah mendamaikan setiap mata yang memandang dan menenagkan
setiap jiwa yang menikmati.. indahh...
Sistem perhubungan dan keselamatan

Untuk memastikan keadaan terkawal dan semua peserta sentiasa berada
dalam keadaan selamat, sistem perhubungan dan keselamatan tetap
diutamakan.. pemasangan peralatan perhubungan seperti radio amature di
jalankan dan dikendalikan oleh 9w2afc(Sham),9w2cre(Kri),9w2tny(Katini)
dan beberapa orang rakan amature yang berpengalaman. audio chek
dilakukan dari masa kesemasa untuk memastikan perhubungan rakan-rakan
xpdc dapat berhubung dengan rakan-rakan didaratan. Frequensi dipastikan
betul dan radio diaktifkan dibantu oleh antena dan power suply,setelah
diuji dan sistem boleh digunakan semua berpuasa hati frequensi 144.400
mhz di gunakan sepanjang xpdc berlangsung..
Terharu
 |
| Beramah mesra bersama orang asli |
 |
| Bergambar bersama orang asli |
1145am kami mula bergerak ntuk menujuk ke kampung damai bersih iaitu
perkampungan orang asli keturunan semai, perjalanan mengambil masa
hampir 30 minit dan akhirnya housebot berlabuh dalam jarak 300 meter
dari tebing dan kami di pindahkan ke boat khas untuk ke tebing dimana
perkampungan orang asli ditempatkan. Kedatangan kami disambut mesra oleh
Tok Batin Subin bin Asah berusia 50tahun, menurut Tok Batin Subin bin
Asah perkampungan orang asli ni baru dibuka hampir 4 bulan dan
penduduknya terdiri daripada saudara mara terdekat. Di kenali sebagai
Kampung Damai Bersih dan di huni oleh 14 buah keluarga dengan jumlah
penduduk seramai 26 orang. Rasa terharu kami tak mampu di bendung malah
tak mampu disembunyikan,ketibaan kami di sambut mesra malah kami
dilayan dengan baik meskipun mereka di selubungi kedaifan. Pengalaman
cukup indah buat kami melayar di kotak ingatan,meskipun terpisah jauh
dari dunia siber namun penduduk orang asli mempunya kekuatan tersendiri
dalam menetang arus global.. Kami berpeluang beramah mesra dengan
penduduk.. sesi pergambaraan diadakan untuk kenang-kenangan membuktikan
kami telah pun sampai di Kampung Damai Bersih di abadikan..dalam
kemeriahan dan kegembiraan melesari flash terhasil dari kemera
canggih tiba-tiba kami dikejutkan dgn bunyi ‘prappp’”patahhhh”..kata
salah seorang rakan kami..rupa-rupanya pelantar buluh di dewan mereka
patah akibat terpijak rakan kami.keadaan menjadi riuh rendah dalam
suasana santai kegembiraan..hummm.... ada juga tanda kehadiran kami buat
mereka. Setelah hampir sejam berada di perkampungan orang asli kami
mula bersiap untuk balik ke house boat,sebelum meninggalkan perkampungan
tersebuat wakil kami telah ,menyampaikan sedikit sumbangan ikhlas
merupakan makanan asasi kepada wakil penduduk orang asli.
 |
| Sedikit buah tangan untuk orang asli |
1245pm ..Ketibaan kami dipelantar house boat kami di sediakan
dengan pelbagai menu makan tengah hari ,semua rakan-rakan mula
berkumpul untuk menikmati juadah tengah hari berlaukkan ikan..di
tengah-tengah tasik mestilah ikan merupakan sajian juadah kami di tengah
hari yang indah dan redup.. selesai menikmati juadah kami di arahkan
supaya membuat persiapan untuk menunaikan solat berjemaah kerana
aktiviti akan bermula pada pukul 0200pm dimana kami akan mendaki untuk
melihat bunga terbesar di dunia iaitu reflisia..
0145pm setelah selaesai solat berjemaah kami mula membuat persiapan
untuk ke bukit untuk melihat reflisia dan menikmati keindahan alam
semulajadi..
 |
| Berkayak |
Aktiviti santai dan bebas
Sepanjang xpdc berlangsung kami tidak digariskan dengan aktiviti yang
padat dan merimaskan..tetapi kami di sajikan dengan pelbagai aktiviti
yang santai dan bersahaja,dimana peserta bebas bebuat sebarang aktiviti.
Setiap peserta mengambil bahagian masing-masing untuk memenuhi aktiviti
terluang, dan ada sebahagian rakan-rakan yang tidak melepaskan peluang
untuk melelapkan mata dan merehatkan badan,,..hehehehe..mana ada tidur
dalam suasana macam ni kat rumah kan..huhuhuhu seronokkan.... pada
malamnya kami buat sebarang aktiviti sendirian,ada yang berkaraoke
kononnya pakat-pakat nak test vokal masing –masing tu..ada yang layan
game seperti catur dan yang kepenatan tak lepaskan peluang untuk terus
melenakan diri membuai mimpi ..malam semakin larut dan mata aku semakin
memberat..
Hari kedua
5th oct 2012..
 |
| Jambatan Gantung Menuju Ke Sira Papan |
0600am bermula hari kedua kami di Pulau Banding,kami memulakan
pagi penuh damai dengan permulaan sujud dijemaah subuh pertama di
tengah-tengah Tasik Royal Belum bersama-sama.. biarpun pada malamnya
kami di basahi dan bersimbah hujan hingga ke pagi , namun ia tidak
mematahkan semangat kami untuk meneruskan xpdc ini.. malah kami semakin
teruja untuk meneruskan aktiviti seterusnya.. rakan-rakan yang buat kali
pertama melalui pengalaman ini menjadikan xpdc ini sebagai satu
pengalaman yang tak mungkin dilupakan.. setelah selaesai menunaikan
solat subuh dan mengaminkan doa memanjat seribu kesyukuran memohon
kesejahteraan kami memulakan aktiviti pertama iaitu bersarapan pagi..
 |
| Sira Batu |
0700am.. Sarapan pagi bermula. Kami disajikan dengan pelbagai
sarapan pagi yang dimasak khas oleh tukang masak house boat yang
dipertanggungjawab sepanjang xpdc kami. Setelah siap bersarapan ada
diantara kami ada yang memilih untuk berkayak secara solo dan bercouple
untuk menikmati suasana ditengah-tengah tasik royal belum,masing-masing
memilih menikmati dengan cara dan keadaan yang berbeza, mengabadikan
keindahan pagi dengan ber’snap’ dari pelbagai sudut dan gaya tersendiri
dan si kaki pancing pula takkan melepaskan peluang untuk keluar
melayarkan joran,. Kaki pancing dibawa dengan bot ke lokasi tidak jauh
dari housebot dengan menggunakan bot lain yang di khaskan.. aktiviti
traking ke Sira papan atau lebih dikenali Jenuk Papan akan bermula pada
petangnya.

0900am ..Jurupandu yang di pertanggungjawab membawa kami selama
xpdc di jalankan bertanggungjawab membawa kami ke Santuary dan mendaki
untuk ke tempat tersebut dengan merentasi titi gantung.. perjalanan
makan masa 25minit dari tempat housebot dilabuhkan.. kami mendaki dengan
2 kumpulan kecil untuk sampai ke satuary tersebut. Kami di beri
taklimat mengenai sentuary oleh jurupandu yang boleh dipercayai iaitu
9w2pjn yang juga jurupandu yang diamanhkan utk membawa kami ke tempat-
taempat yang jadualkan.
Menduga perairan tasik royal belum..

Sempena xpdc royal belum yang berlangsung secara santai dan bersahaja,
si kaki pancing pastinya teruja untuk menduga perairan tasik royal belum
yang sesungguhnya terkenal dengan pelbagai spesis habitat ikan di
dasarnya yang tentunya sukar didapati di tempat lain.. pasti mengamit
seribu memori buat kaki pancing.. dengan berbekalkan set yang sepandan
mampu menyegerakan proses pendaratan ikan, seperti joran,g-master untuk
castting,g-snap ,kotak memancing,rod ford atau ‘plier’ di bawa bersama
serta umpan. Salah seorang tekong atau jurupandu di beri kepercayaan
membawa si kaki pancing menduga kehadiran ikan sebarau dan toman di
perairan tasik royal belum. Dengan enjin berkuasa 115hp cukup pantas
membawa si kaki pancing ke lokasi memancing yang di benarkan..
Tarian memukau
Spesis dari keluarga Toman dan Sebarau....ini mempunyai tarikanya
tersendiri apabila terkena matakail selain larianya padu. Lompatan dan
tariannya diatas air dalam usaha melepaskan diri diantara igauan si kaki
pancing..walau tiada seekor yang berjaya didaratkan,namun si kaki
pancing tidak berhenti disitu saja malah begitu gigih terus melontar
casting masing-masing,meskipun tiada ragutan ia memberi peluang kepada
kaki pancing untuk mengatur strategi dan mengubah cara pemancingan..
esok masih ada... cukup teruja bilamana kawanan ikan toman berlegar
berhampiran bot dalam jumlah yang agak banyak.. keadaan ini membuatkan
si kaki pancing tak pantas duduk diam..walau pun kami pulang ke
housebot tanpa tangkapan namun terlukis kepuasan buat kaki
pancing....hehehehehe,,sabar-sabar..rehat dulu petang nanti sambung
lagi,coz kita nak ke Sira Papan atau lebih dikenali jenuk papan
(hmm..untung nasib dapat lah tengok kijang nanti...)..

Aktiviti BBQ diatas housebot dan ditengah-tengah tasik royal belum juga
satu lagi pengalaman baru buat kami yang pertama kali menikmati keadaan
seumpama itu..manakala rakan-rakan yang mempunyai kepakaran meng’snap’
setiap sudut dan aksi juga tidak melepaskan peluang terbentang di depan
mata.. malah keindah senja seakan menguji akan kecanggihan kemeran
beribu harga akan kemampuannya meng’snap’ sunset disore
hari..0730pm,ternyata kepulangan kaki pancing utk kali ini tidak
sia-sia,kepulangan mereka kali ini membawa habuan besar meskipun hanya
tiga ekor ikan sebarau dan seekor toman dibawa bersama untuk dimasak
dan dijadikan juadah.
0800pm, Setelah selesai solat maghrib berjemaah dan mengaminkan
doa memanjat kesyukuran kerana dipermudahkan xpdc ini, kami memulakan
aktiviti sendiri dan melabuhkan badan untnk merehatkan diri melepaskan
penat dan leleh mendaki dan memancing disiang hari..malam menjelma
jua..kepekatan malam dinikmati penuh kesyukuran..masing-masin mula
melayan mimpi...sweet dream..
***************TIDURLAH SAYANG,MOGA LENAMU MENDAMAIKAN****************
Hari terakhir xpdc
6th oct 2012..
Hari terakhir merupakan penutup xpdc selama 3 hari 2 malam,dan yang
pastinya penamatnya cukup indah buat kami.. seperti hari-hari yang
berlalu kami memulakan pagi nan indah baersama seribu doa dgn penuh
kesyukuran dgn lafaz doa di akhir jemaah subuh taerakhir..
0735am.. Sarapan pagi bermula kami disajikan dengan mee goreng
dan roti goreng dimasak khas oleh tukang masak yang disediakan di
housebot.lenser kami sempat merakam aksi bersahaja chef 9w2afc sedang
menyediakan sajian nasi goreng buat kami di pagi akhir xpdc kami, flash
berlegar-legar di udara merakam aksi tukang masak kami....
 |
| Santuari Kelah Sungai Ruok |
 |
| Air terjun Sungai Ruok |
Seawal 0900am kami meneruskan perjalanan terakhir ke sungai Rouk dan
kelah bertapa.. setelah mengharungi pelbagai rintangan berbatu dan licin
akhirnya kami sampai ditempat yang dituju.. rakan-rakan mengambil
posisi masing- masing dan tidak melepaskan peluang untuk bermesra dengan
ikan-ikan kelah didasar air terjun berbatu.. roti dan biskut di jadikan
medium utama utuk menarik minak ikan-ikan tersebuat malah menakjubkan
bila ikan-iakn tersebuat seakan berbicara bersama kami..kami sama- sama
menikmati gigitan ikan pada kaki.. setiap orang tidak melepas kan
peluang menikmati nyamanya air di kaki bukit tanpa pencemaran..soal
kebersihan dititik beratkan pada kami agar alam semulajadi terpelihara
tanpa sebarang pencemaran.. selain bermesra bersama ikan-ikan kelah yang
jinak ada diantara kami memilih utk melayari ‘flash’ di setiap pelusuk
kawasan air terjun,aksi ‘snap’ menyenap terlayar sana sini memenuhi
maya tanpa segan silu.. menikmati tanpa rasa gundah .aksi selam menyelam
dari rakan-rakan mahir membuat kami terhibur dan menjerit keseronokkan.
namun itu semua bukan titik tolak dan berakhirnya xpdc ini.. setalah
hampir 2jam berbasah lencur dan menikmati keindah,tiba masanya utk kami
meninggalkan kawasan tersebut dan pulang ke housebot utk menikmati
juadah terakhir di boat..sekali lagi kali terpaksa melalui rintangan
berbatu dan agak licin utk sampai tempat bot di parking.. walaupun
berat hati untuk meninggalkan namun xpdc kami masih belum tamat, kami
meneruskan perjalanan menuju boat dan membuat persiapan terakhir utk
upacara tamat xpdc.

1215pm.. kepulangan kami telah pun tersedia dengan juadah tengah
hari yang cukup istemewa dimana kami di sajikan dengan hasil tangkapan
ikan yang dipancing khas oleh kaki pancing handal,seronok melihat aksi
rakan-rakan menikmati juadah dengan penuh selera.. mana ada kat umah
juadah macam ni (hehehehehehe)..auuuuukkkkkkkkkkk!!! masing-masing
kekenyangan.. sambil menikmati antara kami sibuk mengemaskan pakaian dan
peralatan utk dibawa pulang

0125pm..Housebot mula bergerak meninggalkan royal belum bersama
seribu memori tercipta,walaupun terlalu berat untuk meninggalkan
kedamaian Tasik Taman Negara Royal Belum ,namun kami terpaksa jua
meninggalkan kerana masih ada tanggunggjawab yang diamanahkan buat kami
menati di sana.. malah tergambar seribu kerinduan terlukis diwajah
rakan-rakan pada isteri dan anak-anak setelah hampir 4 hari meninggalkan
keluarga,, hampir 45 minit pelayaran maka sampailah kami di jeti pulau
banding dan housbot mula berlabuhkan layarnya..sesi pergambaran dan
tandatangan pada benner sebagai tanda kami telah pun menamatkan acara
xpdc dengan jayanya.. alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.
Setibanya kami ditebing jeti dan sesi pergambaran berakhir kami mula
memunggah barang2 ke kenderaan masing-masing..namun ia tak berakhir
begitu saja apabilka dengan tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya
membasahi bumi tuhan..namun aku masih dalam housebot menikmati
detik-detik terakhir keindahan milik allah azawajalla sehingga renyai
hujan berakhir aku baru memulakan langkah pertama meninggalkan housebot
dengan sseribu kenangan..indaahhhhh..
0300pm ..Sekali
lagi kami dibimbing oleh lead marshall terlatih sebagai jurupandu dan
menyusun semula perserta konvoi dan memastikan rakan konvoi bersedia
konvoi untuk pulang ke pengkalan masing-masing.. semua perserta konvoi
di pastikan dalam keadaan terkawal dan sentiasa bersedia dari sebarang
kemungkinan semasa perjalanan.. kami akhirnya singgah di hentian rehat
dan rawat perah utk meninaika solat berjemaah dan merupakan solat
terakhir konvoi kami.. tamat solat berjemaah tepat 0500pm kami memulakan
perjalanan yang tertangguh untuk kedenstinasi terakhir.. tanpa diduga
setelah hampir 20minit berkonvoi kami diberi isyarat dari kenderaan
bertentangan menandakan ada sesuatu menati didepan kami..dengan bantuan
perhubungan radio amature kami mendapat informasi dari lead agar
berhati-hati dan merapatkan konvoi dan berjaga-jaga dengan kemungkinan
yang menanti.. 5 minit kemudia kami dikejutkan dengn pokok tumbang dan
kami melepasi ringtangan pertama. Sangkaku itulah ringtangan dan ujian
terakhir,setelah hampir 10 minit konvoi kami dikejutkan dengan 2 buah
kenderaan awam terbabas di tepi jalan.kami sekali lagi berhenti utk
memberi pertolongan cemas dan membantu apa yang termampu..hampir 15
minit berlalu akhirnya rakan-rakan berjaya membantu mangsa yang terbabas
dan konvoi diteruskan sehinggalah kami sampai ke destinasi terakhir
tepat jam 0700pm.. dgn seribu salam kami meninggalkan pengkalan dan kami
berjanji akan meneruskan aktiviti ini dan memperbaiki setiap kelemahan
di masa akan datang...
